Want your
own Fotopage?







 
EXCLUSIVE DESIGNS BY ARRY

By: ARRY BEADWORKS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 26-Aug-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
NORA LAGI!

Ini yang dah siap, ada lagi 4 pasang untuk anak dara Nora ni.



Ini yang akak tengah jait. Kalau tahun lepas si akak menangis tengok baju adik dia, so untuk tidak menghampakan akak buat lah design yang lebih kurang baju adiknya yang tahun lepas. Jangan sampai lacturer menangis tengok baju student lagi glamor ye!


Care to comment?


Thursday, 21-Aug-2008 02:27 Email | Share | | Bookmark
AKAK SAKIT MATA

Akak dah seminggu diserang sakit mata, tapi dalam pada mata merah macam kuntilanak dan berair-air ni sempat jugak akak menjait. Enjoylah ye.....



Yang ni jait kat tangan je...


Ini pulak baju maroon yang kawan akak sedondon dengan baju anak dia haritu yang akak jait. Dia suruh akak jait kat badan jugak, tapi akak tak kuasa nak jait, so akak buat kat tangan je. Boleh!!! akak tak kuasa... ha ha ha, lecehlah buat kat badan ni.... kat leher tak pa.

Care to comment?


Wednesday, 13-Aug-2008 03:18 Email | Share | | Bookmark

Akak tengah jait dua helai baju ni, sambil membusykan diri buat hantaran kahwin untuk 2 orang kawan akak, last week punya dah selesai dah, sekarang ni tengah buat untuk wedding this week pulak. Tu yang lama dah tak update tu.... sebab takda perkembangan




Hi Kak Arry...

Amacam aritu akak pergi kedai kain Thai Silk tu? Dapat murah2 ker

Akak....zue mmg berkenan sgt ngan design bunga2 cint akak tu
Plan nak antar kat akak lepas raya nanti......
Nak tanya harga and biasanyer akak ambil tempahan cane
Thu 14-Aug-2008 05:36
Posted by:Zue
Akak dah pegi dah, akak beli 4 pasang, 40% diskaun, special masa Queen Sirikit punya birthday aje, hari lain harga asal balik. Akak memang gila Thai Silk ni, tiap-tiap tahun mesti ada, macam-macam color dah ada dalam collection akak. Nak tempah lepas raya takpa, jangan sebelum raya, akak dah tak ambik. Nak hantar pun boleh nak pos pun boleh. Kalau hantar sendiri boleh berkenalan dan kita cerita pasal toot................... Thu 21-Aug-2008 02:53
Posted by:arry
Add comment


Friday, 8-Aug-2008 02:22 Email | Share | | Bookmark
WAT SUSPEN JER

Akak nak citer pasal apa yang terjadi kat akak semalam. Akak kena panggil pegi Balai Polis Traffic Jalan Bandar uolls pasal kes kemalangan akak kat Taman Desa tu, sebab ada orang buat report kata motor dia terlanggar kereta akak. Seingat akak, akak takde accident ngan sesiapa, cuma kereta akak terbabas sendiri ketebing jalan sebab jalan licin. Anyway akak pun pegilah ke Balai polis tu, dan jumpalah dengan pegawai penyiasat tu, dan akak pun berceritalah. Tapi polis tu mula-mula cam tak percaya cerita akak dia kata masalah ni rumit nak diselesaikan. Dia pun call lelaki cina yang buat report tu dan akak pulak disuruh balik ambik saksi. Kami pun bersemuka, tiba-tiba aje lelaki cina tu, dah tukar statement kata dia terlanggar ranting bukan kereta akak... *#*#*#* boleh????? So kes pun ditutup.... Sia-sia aje duit minyak dan duit parking kena bayar dua kali. Boleh tak akak samakan kes akak ni macam kes Anwar Ibrahim, mula-mula bawah seksyen paksa, lepas tu tukar pula bawah seksyen rela..... ha! ha! ha! sama tak? Jangan marah uolls akak gurau jer.

Anyway, baju ni untuk anak kawan akak yang baru Form 3, so akak buat simple je lah sesuai untuk budak sekolah. Takkan lah budak sekolah nak buat baju cam mak datin kan. Tak seswai. Baju maknya akak tengah dok jait sama warna sama material tapi design beads dia lain sikitlah akak buat.


Baru jumpa FP ni.....suka la tgk design yg akak buat... Wed 13-Aug-2008 03:12
Posted by:Intan
Add comment


Tuesday, 5-Aug-2008 03:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN DITUTUP

Tempahan dah ditutup ye. Sorrylah, dah lama tak update, bukannya apa, CPU akak meletup, siap berasap lagi, harap-harap semua khazanah akak dalam CPU tu selamatlah.... ni tengah tunggu nak repair ni, insyaAllah sehari dua lagi ok lah kot, nanti akak update ye!

ape akak..meletupp..harap2 cpu je lah...lepas ni meletup2 lah baju2 customerrrr dng hasil kerja akak...........kelakar pun yea. simpati pun yea...kita org tunggu je akak updated Tue 5-Aug-2008 06:45
Posted by:ija shariza  - [Link]
CPU pun dah berasap, akak pun tengah berasap ni nak siapkan yang ada ni. Tue 5-Aug-2008 08:53
Posted by:unnamed
ni pun lawo... Fri 8-Aug-2008 07:23
Posted by:ija shariza  - [Link]
Add comment


Monday, 21-Jul-2008 10:06 Email | Share | | Bookmark

tak sempat nak cerita, akak busy hari ni meeting sehari suntuk. Cucilah mata dulu ye. Esok akak letak gambar lagi.




umpang iklan yer tuan umah...

kalu nk tgk baju2 blouse, dress, tdg or brooch..
plz visit my web at http://esvlia.fotopages.com
Tue 29-Jul-2008 07:03
Posted by:lia esvlia@yahoo.com
lama tak jengok sini..pattern ni mmg sesuai dng corak baju ni...terserlah indah bunga ni..aku mmg tabik spring kat hang akak...rumit siot pattern bunga satu2 ni...kena sama besar, kena sama jarak, semua kena same., upah pun kena same kan, janji kita puas, customer pun puas, Thu 31-Jul-2008 03:22
Posted by:ija shariza  - [Link]
sweetnyer........memang cantik...... Thu 31-Jul-2008 08:14
Posted by:zaiti
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 06:09 Email | Share | | Bookmark
WORK IN PROGRESS

Baju ni dah lama akak perap, dah naik kepam pun, akak ingat nak pulangkan balik pada kawan akak ni tapi, dia tak mau... dia paksa jugak akak jait. Baju ni kengkononnya kawan akak ni beranganz nak jait sendiri, bila dah tak jadik, kain pun dah naik kepam dia hantar kat akak suruh jait, pastu, akak kena bukak balik pulak beads yang dia dah jait tu. Itu yang akak malas nak buat tu, tapi setelah dipujuk rayu, akhirnya akak terpaksarela buat... sebab dia ni kawan baik akak... camno... nanti merajuk pulak.... tapi akak akan pastikan akak charge dia extra, upah bukak balik beads yang dia jait tu..... kejam kah akak? Sendri mau ingatlah.............


ya ampun... kalau nak bukak balik beads memang siksa... mcm org renovate rumah la.. kalau rumah dah ada, pastu nak ketuk sana sini lagi mahal berbanding nak buat rumah atas tanah kosong... charge lebih takpe... belum dlm kategori kejam Thu 17-Jul-2008 07:00
Posted by:nonie
Salam kak arry,
Mgg lepas deq nur dapat seorang customer yang mintak deq nur jahitkan manik design macam kak arry, design pada 11 Sept 2007 tu... dia minat sangat design tu katanya.
Deq nur kat sini nak mintak kebenaranlah.. nie first time nak wat design kak arry.
Walaupun takder skill lagi buat camgitu...
dan deq nur tahu hasilnya tidak akan secantik dan sehebat kak arry...
deq nur nak mintak permission idea dan rekaan kak arry utk customer deq nur.
Boleh tak akak...??? nnt deq nur email orait.
Tue 29-Jul-2008 01:53
Posted by:deq nur teja710@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 14-Jul-2008 03:42 Email | Share | | Bookmark
Akak Sugul!

Pagi tadi kawan akak call, dia kata x-boss akak sekarang ni dah bertambah uzur dan dah pakai wheel chair. Sedih betul akak dengar, ye lah umur dia pun dah 76 sekarang ni. Akak kerja ngan dia lebih kurang 10 tahun, last sekali tahun 2004. Emo betul akak pagi ni, terkenang-kenang waktu dolu-dolu masa jadi sekretari dia. Walaupun berdarjat orangnya tapi amat bersopan santun dan berbudi bahasa. Akak ni kan main redah je.... so banyak lah yang akak belajar dari dia. Patik doakan Tengku sehat sentiasa dan selamat menjalani pembedahan, amin....


Akak....Kedai kain thai silk yang kat plaza ampang tu still beroperasi ker?

Dah nak dekat 12/8 ni.....
Fri 8-Aug-2008 09:18
Posted by:Zue zuliana.jamari@gmail.com
Setau akak masih bukak, esok akak ngan kawan akak cuti sebab nak pegi sana. Mon 11-Aug-2008 00:40
Posted by:arry
Kak.....

Nanti update ek kat tingkat mana tu? Zu jarang datang situ....Pernah sekali jer tu pun buat medical checkup.....kat Klinik Segara kat atas tu....
Mon 11-Aug-2008 01:36
Posted by:Zue zuliana.jamari@gmail.com
Add comment


Thursday, 10-Jul-2008 06:19 Email | Share | | Bookmark


kak,adik tgk sejak akhir2 nie design akak lain dr yang lain lar,nampak lagi exdavance gitu.... Fri 11-Jul-2008 09:28
Posted by:adik/jai sharifah.fadilah@synovate.com
Add comment


Monday, 7-Jul-2008 01:00 Email | Share | | Bookmark
KEMBALI LAGI!

Sebenarnya design Bunga-Bunga Cinta ni, akak dah banyak jahit untuk kengkawan akak untuk raya tahun lepas, tapi nampaknya semakin diminati sekarang kan..... Ini yang tengah akak jait...


cantik ler, kak arry nak tanya buat kelas lagi ke..tp kira-kiranya lepas musim raya lahhh...akak tinggal di seremban kan? masih buat kelas ari sabtu ker? kl atas permintaan nak belajar pattern 2 tertentu boleh tak...? coz basic dah ada cuma yg advanced tu jer yg tak tahu lagi..harap2 sudi membantu Fri 22-Aug-2008 08:07
Posted by:ifadah ifadahsharif@yahoo.com
Hari Sabtu, boleh datang je kat rumah akak kat Seremban, sorang pun tak pa, tapi kalau kat KL tu tak berbaloilah kalau sorang je kan, kenalah arrange at least 5 orang. Akak malas nak arrange-arrange ni, kalau you nak you kumpulkan sendiri, akak datang je... Tue 26-Aug-2008 00:44
Posted by:arry
ok kak, nanti lepas raya insyallah saya dtg sana....mertua saya di k.pilah jer... Thu 28-Aug-2008 05:30
Posted by:ifadah ifadahsharif@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.