EXCLUSIVE DESIGNS BY ARRY

By: ARRY BEADWORKS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 16-May-2010 06:21 Email | Share | | Bookmark
CABBAGE

 
 
Lepas ni banyak lagi tempahan Cabbage yang akan menyusul............................



Ada dua version, yang ini setelah dipinkkan seperti yang diminta oleh customer akak..


Tuesday, 11-May-2010 00:53 Email | Share | | Bookmark

 
 
Baju ni diserahkan kepada akak bersama designnya sekali. Memang heavy designnya, dan akak tarik nafas yg agak dalam sebaik aje akak tengok gambar designnya, sambil akak cakap pada tukang perantaranya "ini sebulan pun x habis jait ni". Kawan akak tu cuma ketawa jer, dah beberapa kali akak ambik pastu letak balik baju ni, tapi akhirnya terpaksa jait jugakkan, sebab dah lama sangat dah ni. Tapi seperti biasa xdalah akak ikut exactly macam design yg diinginkan, akak tukar ikut citarasa akaklah (wah! citarasa akak ker, bukan citarasa customer). Berat tau baju ni!



Monday, 10-May-2010 03:40 Email | Share | | Bookmark
Cerita-Ceriti Jakarta & Bandung

Akak ke Jakarta pd 28 Apr & 1st May yg lalu bersama best fren akak masa belajar di ITM Jalan Othman dulu. Dari size "S" sampailah ke size "XL" kami masih berkawan baik. I really enjoyed this trip, walaupun semuanya dilakukan dalam keadaan yg x berapa nak terurus. Feeling-feeling travelling mcm jutawan gitu maklumlah bawak duit rupiah, tapi sebenarnya nan ado... sampai sana barulah terkial-kial nak cari transport, nak cari hotel... tapi happening uolls! Sampai jer Jakarta, dlm keadaan takut-takut berani, kami cuba menaiki shuttle executive coach ke Bandung, bas kecil yang boleh memuatkan 12 orang penumpang. OKlah selesa jugak basnya. Tapi yang horrornya, jalan macet giler, lebih kurang 5 jam kami di dalam bas... uwaaa...sakit pinggang den, ingatkan kalau sampai awal di Bandung bolehlah pegi FO-FO yang dekat ngan hotel... tapi hampa sampai aje di Bandung dah pukul 11.00 malam. Kami terus redah hotel di Jalan Dago, hotel yang menjadi sasaran ialah Hotel Karmila, Rp350000 semalam. Nasib baik masih ada bilik yg available. Di Bandung akak cuma sempat ke Pasar Baru, Rumah Mode & Secret FO ajer, jam 6.00 ptg dah bergegas pulak nak ke Jakarta semula.

Di Jakarta pun, kami tidak buat booking di mana-mana hotel dan jugak supir. Kami naik teksi jer dengan bayaran Rp750000, teksi yg kami naik dari Bandung pun x familiar dengan bandar Jakarta. Banyak kali jugaklah terpaksa berhenti di tepi jalan nak tanya direction ke hotel-hotel yang berdekatan dengan Tanah Abang, kerana sasaran kami pada esok paginya nak ke Tanah Abang. Nasib baik terjumpa satu lagi driver teksi yang baik hati yg mencadangkan kami tinggal di Kalisma Hotel, Rp350000 semalam. Sampai di hotel tu, memanglah ramai orang Malaysia di sana, tapi kawan akak ni pengecut sangat, dia x selesa tinggal di hotel tu yg berjiran dengan setinggarden. Kami tinggal disitu semalam aje, sebab hari dah lewat malam dan kami capek gitu. Esoknya selepas meronda-ronda di Tanah Abang, kami masuk pulak ke Akmani Hotel, di pusat Bandar Jakarta, bilik yg paling murah ialah Rp750000 semalam. Hotel ni ok.. dekat ngan salon boleh gi buat rambut, boleh urut kaki, shopping complex bersepah-sepah di kiri dan kanan. Sempat jugaklah pusing-pusing Jakarta waktu tengah malam, pergi Hard Rock Cafe, pastu dapat jugaklah tengok kupu-kupu malam yang persis model dan tersangatlah seksinya sedang menunggu pelanggan di tepi-tepi jalan auwww! So moral of the story, kalau bapaknya kepingin ke Jakarta, ibuk-ibuk harus ikutin, jangan dibiarin bapaknya kesaorangan dong....takut nanti bapaknya kedinginan, na... nanti siapa yang susah...



kerana kantung yg hampir kekeringan, akak tanpa ragu-ragu dan dengan sedaya upayanya menyiapkan baju customer akak! Tunggukan kemunculannyer....................




Monday, 3-May-2010 03:37 Email | Share | | Bookmark

 
Lama akak x bersiaran, bizi kekdahnya... sampai ada tiga helai baju yg x sempat diambil fotonya... kelam kabut nak deliver kat customer sebelum akak bercuti-cuti Jakarta, so ini je yg sempat akak snap sebelum nak deliver pada customer on Monday. Design disediakan oleh tuan punya baju, xdelah exactly akak ikut sebab gambarnya x clear, lebih kurang gittewlah!





Thursday, 8-Apr-2010 01:17 Email | Share | | Bookmark
Raihan2

 
 
Baju kebaya linen berkerawang ini juga kepunyaan Raihan. Rumit sikit menjahitnya kerana kerawangnya agak keras... jarum akak patah dan bengkok .... dah dua minggu menjahitnya masih tak siap lagi. Perancangan asal, di lengan baju juga nak dipenuhi dengan labuci dan manik... tapi disebabkan siksa nak menyudahkannya akak pun memberitahu tuan punya baju yang akak hanya nak buat beading yang simple aje di lengan baju. Alhamdulillah tuan punya baju bersetuju...





[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net