EXCLUSIVE DESIGNS BY ARRY

By: ARRY BEADWORKS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 11-Nov-2010 05:48 Email | Share | | Bookmark
Edisi Manik Tabur

Masih mendapat tempat dihati penggemarnya...





Wednesday, 27-Oct-2010 07:35 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN DITUTUP SEMENTARA WAKTU SEHINGGA JANUARI 2011

Tempahan akan dibuka kembali pada bulan Februari 2011 nanti. Saya berharap agar dapat menghabiskan semua yang ada dalam simpanan saya sebelum mengambil tempahan baru pada bulan Februari 2011. Tetapi sekiranya anda tidak kisah untuk menunggu, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan....


Friday, 22-Oct-2010 01:57 Email | Share | | Bookmark
Swarovski Chaton Montee (SCM)

 
 
Warna hijau menyengat pada sutera Shantung ini begitu memikat pandangan, saya tambahkan sedikit Swarovski Chaton Montee dicelah-celah bunga labuci untuk menaikkan seri baju ini. Baju ini kepunyaan ibu kepada rakan sepejabat saya, memang glamour orangnya. Tidak payah design yang keterlaluan, kerana materialnya sahaja sudah kelihatan begitu exclusive.







Manakala baju kurong Pahang dari material Sutera Thai berwarna biru turquoise di bawah ini adalah kepunyaan saya. Saya memang "penggila" Sutera Thai dan tidak pernah jemu menambah koleksi yang ada. Design batu-batuannya pula, saya akui mengambil sedikit idea dari rekaan pereka tersohor pada jubah yang pernah digayakan oleh Dayang Nurfaizah pada Ramadhan yang lepas. Beliau sudah tentunya menggunakan gemstone yang asli mungkin, manakala saya hanya menggunakan chalk beads biru turquoise yang diserikan dengan Swarovski Chaton Montee yang asli. Saja mencari kelainan, mungkin juga sudah agak jemu, bila pandang kiri kanan semuanya dah bermanik..... Saya akui sudah jatuh hati dengan SCM, sedikit mahal di Malaysia, tetapi agak berpatutan harganya di Singapura. Terima kasih buat teman baik saya yang berada di Singapura kerana bersusah payah mencarinya untuk saya.



Dalam hati ini dah menggeletis nak menambah lagi koleksi sutera Thai yang ada tapi kali ini, warna merah cili pula.... kalau dihiasi dengan SCM.... ehmmmm hasilnya pasti memukau! Tak salah untuk berangankan...........



Tuesday, 12-Oct-2010 01:33 Email | Share | | Bookmark
Matahari

 
Design Matahari dibuat khas untuk seorang kawan lama ketika sama-sama menuntut di ITM dahulu.... tapi sehingga kini kami masih berkawan rapat. Satu rekaan yang agak simple dan tak keterlaluan dibuat pada bahagian kolar dan juga lengan baju kebaya Pahang dari material Thai silk ini untuk menambah seri baju...






Wednesday, 6-Oct-2010 01:13 Email | Share | | Bookmark
Selepas Hari Raya...

 
Lama x update... malas sebenarnya, lepas raya pun bizi jugak, tempahan sentiasa ada, Alhamdulillah...

Baju Thai Silk turqoise ni baju tuan tanah, sempat jait lepas raya jer.. yang lain-lain baju customer and more to come...






[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net